Khamis, 8 April 2010

SKIM MOTOR BERGERAK-Membantu Pengusaha,Peraih Pasar Tani.

MASJID TANAH-6 April Kerajaan negeri memperkenalkan "motor bergerak"iaitu satu sistem pengangkutan baru yang memudahkan pengusha dan peraih pasar tani mengambil hasil pertanian dikampung untuk dipasarkan ke seluruh pasar tani.
  Sistem pengangkutan itu adalah antara kemudahan terkini yang disediakan kepada golongan terbabit selepas kerajaan negeri menawarkan perkhidmatan dua karavan untuk tujuan tersebut, tahun lalu.
  Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata,langkah itu bagi memastikan perubahan demi perubahan terus berlaku terhadap pembangunan di negeri ini.
  "Kita mahu pastikan pertanian itu adalah perniagaan terus tercapai dan langkah kerajaan memperkenalkan motor bergerak dan karnival adalah untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka yang berminat"katanya  di karnival Sambutan Ulangtahun ke 25 Pasar Tani Peringkat Negeri Melaka, di tapak pasar tani Masjid Tanah,disini, hari ini.
  Skim Pengangkutan motor bergerak olehlembaga Pemasaran Pertanian Perseketuan(FAMA) Melaka mula diperkenalkan Januari lalu dan empat pengusaha terbabit telah menerima bantuan itu hari ini.

Tiada ulasan: