Rabu, 21 April 2010

Jabatan Perikanan Dekati Nelayan Kampung Hailan.

Kampung Hailan, 12 April Majlis gotong-royong dan majlis penerangan di Balai Nelayan Kampung Hailam, Tanjung Keling di mampu merapatkan hubungan serta kongsi masalah nelayan dengan kakim tangan  Jabatan perikanan.
   Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian ,Datuk Hidhir bin Abu Hasan berkata, Program itu mampu mengeratkan silaturahim antara Jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dan para nelayan.
   Menurutnya, Nelayan akan dapat memahami fungsi-fungsi Jabatan Perikanan, selain mendapat maklumat terkini dengan cepat  dari pihak Jabatan.
   "Hari ini, Program gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran kampung nelayan merupakan  langkahn yang perlu dipuji dan sentiasa dilaksanakan.
   " Hari ini sesi penerangan Akta Perikanan oleh bahagian perundangan  ibu pejabat Putra Jaya turut diadakan,selain taklimat insentif nelayan.
   "Taklimat syarat-syarat dan peraturan permohonan bot nelayan membawa pemancing dan cara membaca   peta laut oleh Jabatan Laut turut diadakan bagi mendedahkan kepada masyarakat.Selain itu juga cara demo penggunaan GPS oleh Alisabel Sdn Bhd.
 

Tiada ulasan: