Isnin, 30 Ogos 2010

Majlis berbuka dan penyampaian sumbangan fakir dan anak yatim



KOMPLEKS JAPERUN MERLIMAU-Tidak dilupakan saban tahun fakir miskin dan anak-anak yatim dari setiap cawangan dalam DUN MERLIMAU akan diaraikan agar mereka juga merasai suasana aidilfitri  yang bakal tiba tidak lama lagi.bagi tahun ini seramai 80 anak yatim dan fakir diraikan dalam satu majlis berbuka dan sumbangan telah diadakan di KOMPLEKS JAPERUN Merlimau.

      Mereka akan menerima duit raya dan sekampit beras yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir dan isteri selain itu ketua-ketua cawangan serta sayap juga menerima duit raya masing-masing dari ADUN Kawasan.Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Datuk meninggatkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian serius oleh ibubapa antaranya. Ibubapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak perempuan memandangkan hari ini kes buang bayi semakin menjadi-jadi. Justeru itu ibubapa harus memantau setiap pergerakan anak-anak dengan siapa dia berkawan.

   Selain itu ibubapa juga dikehendaki memantau anak-anak memandangkan musim perayaan yang bakal tiba, menurut YB tiap-tiap tahun kita dengar ada jari yang putus dan kecederaan yang lain akibat pembakaran mercun, ini sesuatu yang perlu kita elakan agar sambutan hari lembaran tahun ini lebih bermakna.

turut hadir dalam majlis ini Datuk Penghulu Lazan bin Ali, ketua-ketua cawangan, pengerusi JKKK, ketua wanita cawangan, ketua pemuda UMNO cawangan dan ketua-ketua Puteri cawangan.

Tiada ulasan: