CHINCHIN- Komoditi akuakultur terutama ternakan iakan air tawar dilihat berpontensi dijadikan menu ikan bakar yang lazat serta berhasiat.
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa Dana Pertanian Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan berkata, Usaha ini memantapkan industeri ikan Bakar negeri Melaka yang mempunyai keistimewaan tersendiri ikan air masin dan ikan air tawar.
Menurutnya secara tidak lansung , Ia dapat mengekalkan daya saing tarikan Negeri Melaka sebagai destinasi perlancungan terunggulserta meningkatkan sumber pendapatan utama negeri ini
"Peningkatan bilangan pengusaha dan pengeluran ikan di sebabkan insentif dan bantuan kerajaan melalui insentif dan bantuan melalui Jabatan Perikanan.
"Antara bantuan diberi kepada penternak ialah membaik pulih kolam dan bantuan inputbenih ikan serta makanan ikan.Oleh itu penternak mesti memastikan mereka mengunakan bantuan yang diberikan sebaiknya dan mengusahakan ikan air tawar agar pengeluaran ikan berkekalan.Katanya sempena dengan promosi Ikan Air Tawar di Tebat Chinchin.
Datuk Mohamad Hidhir juga Ahli Undangan Negeri Merlimau berkata walaupun 90 peratus pengusaha akuakultur ini mengusahakan ternakan ikan air tawar, namun tahap menerimaan penguna ikan air tawar masih rendah.
Justeru itu jelasnya, Jabatan perikanan Negeri sentiasa mengadakan kempen dan Promosi makan ikan air tawar bagi mengalakan orang ramai dan pengusaha restoran menghidangkan masakan ikan air tawar."Usaha mempromosi ikan air tawar diadakan untuk mendidik orang ramai mengenai khasiat ikan air tawar dan ianya sangat bermanfaat bagi kesihatan dan dapat menurunkan risiko serangan penyakit jantung kerana ia mengandungi zat nutrisi yang penting.
"Dengan adanya dasar bekalan ikan air tawar ke organisasi kerajaan,Pengusaha ikan air tawar perlu mengambil peluang keemasan ini untuk menghasilkan ikan air tawaryang berkualiti dengan menghasilkan ikan air tawar dengan menerapkan amalan baik seperti mesra alam.berkualiti tinggi dan konsisten serta berdaya saing.
INFO ANGKA: 28,817 tan metrik ikan air tawar berjaya dikeluarkan
Bernilai RM91.4 Juta
Melibatkan 351 peserta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan