Jumaat, 21 Mei 2010

ELAK KEPUPUSAN, MELAKA TEMPAT BIAK PENYU.


ELAK KEPUPUSAN......Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan bersama ketua Pengarah Perikanan, Datuk Junaidi Che Ayuub(kiri) dan pengarah perikanan Negeri, Rosmawati Ghazali(dua dari kanan) menunjukan  anak penyu yang akan dilepaskan kelaut.

DANA RM100,000 BANTU PENGUSAHA KAMPUNGSTAY.


"Program kmapungstay ini berbeza dengan program Homestay yang manae tetamu akan tinggal bersama  keluarga masing-masing , manakala kampungstay pula mensyaratkan tetamu tinggal dengan keluarga angkat.

   Tawaran harga berpatutan selain perkhidmatan terbaik tetamu yang adalah aset penting bagi memastikan semua pengusha Homestay memperolehi pendapatan yan g boleh membanggakan,selain menjaga kebersihan kawasan kediaman masing-masing.Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka berkata Kerajaan Negeri tidak akan mengiktiraf mana-mana Homestay yang tidak mahu menjaga kebersihan serta gagalmelayan tetamu dengan baik sehingga menyebabkanntetamu membuat pelbagai tuduhan menerusi penulisan mereka dilaman wab atau blog tertentu yang boleh dibaca oleh semua penduduk dunia.

   "Perkara ini jika berlaku sudaha tentu boleh mencemarkan nama baik negeri dan negara, sekaligus  mencacatkan usha kerajaan negeri selama ini bertungkus lumus  memajukan bidang perlancungan,"
Berbagai acara sempena sambutan  SEdekad Homestay  Pulai Desaku Permai termasuk Peraduan mewarna, Bengkel Masakan, Penyerahan sumbangan kepada fakir miskin dan sukaneka.

Khamis, 20 Mei 2010

KAUM CINA JANGAN PENDAM MASALAH.

KAMPUNG CINA KONGSAI-Penduduk kaum cina disini digesa supaya mengutarakan semua masalah kepada pemimpin kawasan  masing-masing. Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan  meminta supaya masyarakat terus memberi kerjasamadan usaha mengekalkan hubungan sedia ada terjalin itu demi kesejahteraan semua pihak

    Menurutnya,kerjasama itu dapat dibuktikan dengan kehadiran dan sokongan masyarakat diperkarangan Tokong berkenaan bagi menyambut ulang tahun rumah ibadat, berbanding tahun lepas sambutan kali ini lebih ramai. Ujar YB Datuk tahun lepas pihak rumah ibadat ada memohon agar perkarangan Tokong diturap hari apa yang dipohon telah pun ditunaikan oleh kerajaan Negeri termasuklah kemudahan yang lain. ini cukup membuktikan bahawa kerajaan BN yang memerintah hari ini tidak sekali meminggir maslah yang dihadapi oleh kaum Cina.

     Berbagai usha telah dirancang dan dijalankan oleh kerajaan bagi memberi keselesaan kepada semua kaum selari dengan konsep 1 Malaysia yang dilaungankan oleh PM.Dari itu penglibatan dan kerjasama dari semua pihak untuk menjayakannya perlu bersemangat agar matlamat membangunkan Malaysia akan terus dapat dijayakan.

 Hadir sama dalam Majlis tersebut
 1. Datuk Wira Hj Ahmad bin Hj Hamzah            Ahli Parlimen Jasin.
 2. Datuk Chong                                                  Mantan ADUN Bemban.
 3. En Zakaria bin Abd Hamid                              Peng. JKKK Air Merbau.
 4. Ketua masyarakat cina Kg Kongsai.

Khamis, 13 Mei 2010

MERASMIKAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH ANJURAN PEMUDA MIC MERLIMAU.


  MERLIMAU UTARA-Pertandingan 9 sebelah anjuran Pemuda MIC Merlimau mendapat sambutan baik bukan saja dari MIC malah dari Pergerakan Pemuda UMNO Parlimen Jasin.Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai dan piala pusingan.

   
   Sukan bola sepak sememangnya mendapat sambutan di kalangan pemuda, dan merupakan satu program sukan yang dapat mengumpulkan pemuda dari berbagai kaum,usia dan latarbelakang Politik.Kehadiran YB ADUN Kawasan, memeriahkan lagi program yang dianjurkan.

    "Dalam ucapan yang disampaikan, YB ADUN dan pihak JAPERUN akan memberi komitmen yang baik pada program-program sukan yang dijalakan. Ujar YB ADUN melihat hanya Program sukan yang dianjurkan ini mampu mengumpul pemuda hadir samada terlibat secara lansung atau sebagai penonton.YB ADUN Kawasan mengucapkan Tahniah pada penganjur kerana dapat melaksanakan program ini. Harapan YB agar program sebegini dijadikan acara tahunan.

  YB Datuk mengucapkan tahniah kepada pemenang,menurut YB hadiah bukan faktor utama kenapa kita menyertai sesuatu pertandingan, yang lebih utama ialah kita dapat bersama-sama dan mengeratkan lagi tali silaturahim dan dapat mengukuhkan pepaduan kaum.

Hadirsama dalam Program tersebut

1. En Lazan bin Ali                        Penghulu DUN Merlimau.
2. Ketua-ketua MIC Cawangan DUN Merlimau
3. Ketua-ketua Pemuda MIC Dun Merlimau.







Khamis, 6 Mei 2010

Turun ke padang melawat En Ali Bashah pengidap angin Ahmar

Kilang Berapi Barat-Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,penderitaan mengidap angin ahmar yang dialami oleh En Ali Bashah sedikit terubat bila kunjungan YB ADUN Kawasan bersama YDP dan tuan Pegawai Daerah di kediaman beliau baru-baru ini.


    Dalam lawatan tersebut YB ADUN Kawasan meluangkan masa selama setengah jam bertanya kahbar, YB ADUN kawasan berjanji akan membantu En Ali untuk mendapatkan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan beliau. Ali Bashah telah mengidap penyakit angin Ahmar sejak 6 bulan yang lalu sejak dari itulah beliau sukar untuk bergerak.YB ADUN menasihatkan agar beliau bersabar dan menjaga kesihatan dan melakukan senaman ringan agar penyakit ynag dihidapinya akan sembuh.


hadirsama dalam lawatan ini.

En Murad                            - Tuan YDP MPJ
En Roslan bin Uesoff            - Tuan Pegawai Daerah Jasin.
En Lazan bin Ali                      Penghulu DUN Merlimau
En Thambhichik bin Amit         Pengerusi JKKK Merlimau barat.

Selasa, 4 Mei 2010

Gotong-royong hapus Denggi

MERLIMAU - 1 Mei hari cuti pekerja di manfaatkan oleh penduduk di Kg Kilang Berapi Barat, Taman Muhibbah dan Taman Harmoni untuk mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan yang telah dikenal pasti yang berisiko tinggi peningkatan kes Denggi.

    Program gotong-royong ini juga adalah arahan dari Jabatan Ketua Menteri agar semua JKKK dalam Negeri Melaka wajib mengadakan gotong-royong tiap-tiap bulan, dimana di selia oleh Penghulu kawasan setiap gotong -royong yang dilaksanakan laporanya perlu dihantar kepada Penghulu Kawasan.

   Sejak akhir-akhir ini, peningkatan kes Denggi menampakan peningkatan.Penglibatan masyarakat setiap kali program gotong-royong yang dijalankan menunjukan kesedaran masyarakat terhadap kebersihan begitu tinggi.Dalam Islam sendiri pun menyeru agar kita mengamalkan kebersihan dalam segala urusan harian.


   "Ujar YB ADUN Kawasan, agar amalan gotong -royong ini harus diteruskan miskipun tiada kes Denggi.Amalan gotong-royong banyak manfaatkannya selain dapat mengekalkan kebersihan di kawasan kita, dapat juga bertemu antara pemimpin dan masyarakat dan mengeratkan tali silaturahim"

   Hadir sama dalam program gotong-royong ini, En Lazan bin Ali (Penghulu Dun Merlimau) Tn Hj Murad (YDP MPJ), Tn Roslan bin Eusoff( DO Jasin) En Thambhichek Amet (Peng JKKK Merlimau Barat)
                              YB Datuk memeriksa kawasan yang terlibat dengan program gotong-royong ini.