Rabu, 27 Januari 2010

MASJID AL-SYUJA'AH MERLIMAU UTARA-Akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Najib bin Tun Hj Abdul Razak.

Merlimau- Masjid Al-Syuja'ah Merlimau Utara akan melakar sejarah tersendiri, Masjid yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun HJ Abdul Razak pada 4 Febuari 2010. Masjid yang tersergam indah yang terletak 2 Km dari Pekan Merlimau.Masjid yang dibina  berhadapan pusat pengajian Politiknik Merlimau.


Masjid Al-Syuja'ah ini menelan belanja sebanyak RM 4.7 juta, RM3 juta dari Kerajaan Perseketuan manakala RM 1.7 juta lagi telah diuasahakan oleh Jawatankuasa Masjid ini sendiri.Masjid yang tersegam indah ini siap sepenuhnya pada 31.7.2006 yang boleh menempatkan 2,800 jemaah.Warga Merlimau dan keseluruhan warga Jasin mengucapkan "SELAMAT DATANG KEPADA Y.A.B DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN HJ ABDUL RAZAK KE MERLIMAU"

Nasib enam nelayan dibela.

"Kerajaan Negeri Melaka akan berunding dengan Indonesia bagi membebaskan enam nelayan yang ditahan pihak berkuasa republik itu 20 Januari lalu."


YB Datuk Mohamad Hidhir -Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian melawat keluarga Nelayan tersebut dan memberi jaminan Kerajaan Negeri Melaka akan terus berusaha untuk membebaskan keenam-enam nelayan tersebut. Meminta ahli keluarga bersabar dan berdoa.

Jumaat, 22 Januari 2010

Mohon Jabatan Pelajaran Negeri Segera Selesaikan Masalah-YB Datuk Hidhir

MERLIMAU - Ahli Undangan Negeri Merlimau,Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan mohon Jabatan Pelajaran Negeri mengeluarkan tawaran tander menguruskan Dewan Makan di Asrama Puteri SEkolah Menengah (SM) Dato' Abdul Rahman Yaakub.
       Beliau berkata,ia bagi membolehkan asrama memuatkan  kira-kira  200 pelajar perempuanitu digunakan selepas projek membangunkannya siap Julai tahun lalu.
"Selepas bangunan 2 block tiga dab empat tingkat ini siap sepenuhnya, Jabatan Kerjaraya(JKR) sudah menyerahkan bagunan asrama inipada bulan yang sama kepada Jabatan Pelajaran Negeri agar ianya boleh diduduki pelajar.
      "Bagaimanapun sehingga kini,Pelajar masih tidak dapat menduduki. Malah Kelengkapan seperti bekalan air,elektrik,katil,tilam dan sebagainya sudah tersedia serta hanya menanti  pelajar' katanya.
Menurutnya, Syarikat kontraktor terlibat turut menyediakan kelengkapan penting untuk dewan makan.

Kita hanya menunggu kelengkapan dapat digunakansupaya pemasalahan dapat dirujuk kepada syarikat kontraktor berkenaan memandangkan tempoh jaminan mereka selama setahunnaan masih ada, Kita bimbang , jika dewan  digunakan selepas setahun,pemasalahan terhadap projek opembvangunan asrama ini tidak dapat diselesaikan. ini kerana syarikat kontraktor tidak akan bertanggungjawab lagi memandangkan tempoh jaminan mereka sudah tamat"


Hadirsama dalam lawatan ini.Ahli Parlimen Datuk Wira Hj Ahmad bin Hj Hamzah,Jutera JKR Daerah Zulkefly bin Yahya dengan pegawai jabatan berkaitan.Selain itu Mohamad Hidhir  yang juga Exco  Kerajaan Negeri Melaka berkata,beliau turut menerima aduan ibubapa yang mahukan anak mereka tinggal di asrama.Asrama ini disediakan bertujuan membantu  penduduk yang menetap jauh seperti Semujuk, Batu Gajah,Umbai dan Sungai Rambai.

Isnin, 18 Januari 2010

Derita gadis sakit saraf terbela.

Air Merbau-Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Demikian lah penderitaan seorang gadis yang menggidap penyakit saraf sejak lebih dua bulan lalu.

Saleha 27,dari kampung Air Merbau,sebelum ini hanya dibantu ibunya jika mahu bergerak kemana-mana memandangkan  dia  tidak mampu bergerak dengan baik seperti dahulu.

Menurutnya,Jika dahulu boleh bergerak sendiri tetapi setelah lebih dua bulan mendapat tahu beliau mengidap penyakit saraf, sejak itu beliau menhadapai kesukaran untuk bergerak beliau kini dibantu oleh ibunya Pn Salbiah bt Jambak 67,seorang ibu tunggal menurut puan Salbiah beliau juga mempunyai penyakit maklumlah faktor usia kini.


Sehubungan itu,atas keperihatinan terhadap penderitaan dialami Saleha,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir abu Hasan melalui Penghulu Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau. Lazan bin Ali bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat(JKM) tampil ke rumahnya menghulurkan sumbangan kerusi roda.

Jumaat, 15 Januari 2010

Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam-Meluangkan masa prorgam Kenduri Rakyat 1 Malaysia peringkat DUN Merlimau.



                Y.A.B Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyampaikan ucapan pada Program Kenduri Rakyat 1  
                                              Malaysia Peringkat DU N Merlimau.

KAD JUALAN GETAH.Selamatkan Pekebun Kecil Dari Mangsa Penipuan.

Chinchin, 14 Jan-Program pendaftaran Kad Jualan pekebun Kecil Getah yang dilancarkan di seluruh negara mampu mengurangkan aktiviti haram penjualan getah sekaligus menyelamatkan pekebun kecil getah dari menjadi mangsa penipuan.

Majlis itu telah dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian merangkap  Ahli Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan.Turut hadir dalam Majlis tersebut Pegawai Derah Jasin, Roslan Eusoff, Pengaram LGM Wilayah Selatan, Johani  MD Zain, Pengarah LGM Negeri Melaka Zainoddin bin Roji.

Dalam Majlis tersebut Megat memberitahu, Pengunaan Kad ini bertujuanmembantu dan memudahkan penyaluran bantuanatau subsidi dari kerajaan dan LGM jika ada.


Katanya, selain itu ianya juga bertujuan membantu mengelak kebocoran penyaluran bantuan serta data pekebun kecil getah dapat dikumpulkan.Menurut YB Datuk Hidhir sebanyak RM29.13 Bilion telah disumbangkan oleh industeri getah kepada pendapatan eksport Negara. Yb Datuk juga mengingatkan agar pekebun mengambil kesempatan diatas kenaikan harga getah sekarang dengan membuat simpanan.

Rabu, 13 Januari 2010

PROGRAM SAMBUTAN KENDURI RAKYAT 1 MALAYSIA PERINGKAT DUN MERLIMAU.

Merlimau.Program sambutan kenduri rakyat 1 Malaysia peringkat DUN Merlimau mendapat sambutan dari masyarakat berbilang bangsa, Program yang dirancang khas oleh Y,A.B Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Rustam Ketua Menteri Melaka. Program yang dirangka ini akan dibuat keseluruh DUN dan Merlimau merupakan DUN yang pertama melaksanakannya.Menurut YB Datuk Mohamad Hidhir Ahli Undangan Negeri Kawasan Merlimau menjelaskan di bawah pentadbiran Kerajaan BN banyak kemudahan dan bantuan telah diberi kepada golongan yang kurang kemampuan bagi menghapuskan kadar miskin tegar yang ada di Merlimau.

YB juga menasihatkan agar masyarakat tidak seharusnya memberi maklumat yang salah bertujuan  untuk mengambil kesempatan diatas kebaikan yang diberikan oleh Kerajaan.Memberi maklumat yang salah itu merupakan kesalahan yang tidak bertanggungjawab.Untuk bantuan kebajikan saja menurut YB semua kaum mendapat layanan yang sama sesuai dengan komsep 1 Malaysia yang di kehendaki oleh Perdana Menteri di mana "Rakyat didahulukan Pencapaian di utamakan"

Kerajaan yang di perintah oleh BN hari ini cukup jelas memberi keutamaan kepada rakyat tanpa mengira bangsa atau kaum.600 orang hadir dalam program kenduri rakyat 1 Malaysia program yang di ilhamkan oleh Y.A.B Ketua Melaka ini merupakan pentas terbaik untuk pemimpin bersama rakyaat disamping dapat menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa yang berlaku pada hari. Semua YB ADUN hadir dalam program tersebut.

Isnin, 11 Januari 2010

YB ADUN turun padang meninjau masalah rakyat


Merlimau, Derita seorang ibu tunggal Sharidah bt Rabu,36 yang mempunyai 5 orang anak yang bersekolah mendapat perhatian dari YB ADUN Kawasan,Bila YB sendiri turun meninjau sendiri masalah yang dihadapi oleh beliau.

Sharidah yang hilang tempat bergantung sejak 3 tahun yang lalu, menghadapai kesukaran bila kelima -lima anaknya bersekolah,Pendapatan sebagai tukang jahit tidak mengcukupi untuknya menyara anak dan bayar sewa rumah.Beliau mengucapkan jutaan terima kasih bila permohonanya ke JKM dan MAIM di luluskan.Beliau juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada JKKK Merlimau dan YB ADUN Kawasan kerana meluluskan permohonan rumah PPRT untuk beliau, kini beliau sekeluraga boleh menarik nafas lega diatas bantuan yang diterima.

YB ADUN kawasan berjanji akan mendapatkan kerja sambilan sebagai cleaner di kawasan yang berdekatan dengan beliau, moga pandapatan yang diperolehi sekurangnya dapat meringgankan beban beliau sekeluarga, Kata YB ADUN kawasan ketika melawat dikediaman beliau tempohari.

Ahad, 10 Januari 2010

PERSARA TENTERA MOHON BANTUAN


Merlimau,Berat mata memandang berat lagi bahu untuk memikulnya apabila melihat penderitaan yang dialami oleh pesaratentera yang menghadapipenyakit kronik sejak 5 tahun yang lalu.


Abu Samah Ahmad,66 berkata,ia menghadapi penyakit itu sejak lima tahunlalu malah keadaan betambah teruk apabila anak jari kirinya terpaksa dipotongbagi mengelakan penyakitnya merebak kekawasan lain.


Tahun 2009 merupakan tahun yang memeritkan kereana pada tahun terbabit,penyakit itu berada d tahap membimbangkan sehingga menyebabkan jari kaki kirinya terpaksa dipotong.


Saya bersama keluarga tidak pernah berputus asa mencari penawar untyuk menyembuhgkan penyakit saya ini sehinggalah anak saya terbaca didalam didalam akhbar bahawa terdapat pusat rawatan IslamAnjung Rahmah terletak Gombak ,Selangor yang boleh mengubati penyakit kencing manis' katanya selepas menerima kunjungan Ahli Undangan negeri Kawasan M erlimau YB Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan di rumahnya di Kmapung Merlimau Pasir.


Menurut beliau,merasa amat bersyukur kerana penyakit yang dahulunya teruk kini beransur pulih hasil rawatan yang dijalani.


"Alhamdulillah,semenjak mendapat rawatan disana,penyakit kencing manis yang saya alami, beransur sembuh hari ke hari.Kos rawatan rawatan menyembuhkan penyakit saya ini telah mencecah RM60,000 dan kami terpaksa mencuci dan membeli kelengkapancuci lukanya sendiri kerana tidak mampu membayar kos rawatan tertunggak dipusat rawatan itu.


Abu Samah berkata, Dia hanya mengharapkan duit pencen askarnya sebanyak RM900 sebulan untuk membeli barangan keperluan harian serta alatan mencuci lukanya oitu.


"Mujrrlah ada anak-anak yang membantu dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang saya alami" katanya.Sementara itu, Mohamad Hidhir berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan bulanan daripada JKM untuk disalurkan kepada Abu Samah bagi meringankan beban yang ditanggung.


"Kita berharap agar Abu Samah dapat menjaga permakanan sehariandi samping mengamalkan pengambilan pemakanan seimbang".

Jumaat, 8 Januari 2010

SAMPAIKAN


Exco Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan(dua dari kanan)menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan yang diadakan bersempena Karnivel Pasar Tani Negeri Melaka di Pasar Tani Desaraya Kandang.

Khamis, 7 Januari 2010

Pengguna Lebuhraya AMJ dipelawa nikmat ikan bakar kandang.


Kandang-ikan bakar Kandang KHU Best yang terletak dipersimpangan Alor Gajah,Melaka-Jasin(AMJ) kini dibuka sepenuhnya.


Pengurus Syarikat Keluarga Haji Ujang(KHU),Zulkarnine Ujang berkata,Sebelum memulakan perniagaan ikan bakarnya itu.mereka sekeluarga mengambil masa sembilan bulan mengenalpasti serta menjalankan penyelidikan mengenai kedudukankedai dan jenis perniagaan yang bakal dijalankan.


Hadir merasmikan kedai terbabitialah pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan,Pengarah Lembaga Pemasarandan Pertanian(Fama) Melaka,Mohamad Naw Othman, Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan, Jamaluddin Md Arsad dan Pengerusi Pasar Tani Negeri Melaka,Azman Nabiah.Kedai tersebut dibuka setiap hari dari Jam 3 Petang sehingga 12 tengah malam.

Selasa, 5 Januari 2010

MEMBASMI KEMISKINAN MENJADI AGENDA UTAMA - YB Datuk Mohamad Hidhir


Merlimau, Membasmi kemiskinan menjadi agenda utama YB ADUN Kawasan DUN Merlimau dalam ucapan perasmian rumah PPRT milik En Razali bin Md Yassin.Menurut YB Adun kerajaan negeri begitu komited dalam membasmi kemiskinan sepanjang tahun 2009 sebanyak 40 buah rumah PPRT telah dilaksanakan didalam DUN Merlimau, dimana 33 buah permohonan baik pulih dan 7 buah bina baru telah pun disiapkan yang melibatkan kos sebanyak RM392,000.00 menggingkut 9 JKKK dalam DUN Merlimau.Namun menurut YB ADUN memberitahu permohonan rumah PPRT perlu menggingkut garis panduan yang ditetapkan kerana setiap permohonan akan di siasat dan dipertimbangkan oleh Unit Pembangunan Desa(UPD) hanya mereka yang layak akan dipertimbangkan. JKKK perlu memantau setiap permohonan yang diterima dan memberi penerangan agar masyarakat memahami PPRT diwujudkan hanya mereka yang betul layak saja yang perlu membuat permohonan.



Isnin, 4 Januari 2010

Program mengusap kepala anak yatim dan sumbangan anak yatim dan fakir




Merlimau, Anak yatim dan fakir miskin kariyah Merlimau Pasir menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan Ahli Undangan Negeri Kawasan Merlimau.Program yang dibuat setiap tahun hasil sumbangan orang ramai dan YB sendiri ,menurut YB Datuk usaha membantu golongan yang kurang upaya ini akan terus dijalankan.Dalam Ucapan yang disampaikan Datuk Hidhir mengucapakan tahniah kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Merlimau Pasir diatas keperihatinan dan kesungguhan membantu golongan yang memerlukan.




Menurut YB Datuk Kerajaan Negeri juga sentiasa Komited berbagai program telah dilaksanakan dalam usaha membantu menghapuskan kadar miskin tegar di Negeri Melaka, banyak bantuan-bantuan telah disalurkan agar golongan ini terbela, Justeru itu YB menyeru kepada masyarakat agar dapat melaporkan kepada Pengerusi JKKK jika ada terdapat masyarakat yang memerlukan bantuan.YB Datuk juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dalam menjayakan program ini moga apa yang dilakukan ini mendapat keberkatan.Dalam program ini YB Datuk juga mengambil kesempatan mengusap kepala anak Yatim dan menyampaikan sumbangan.